LIST

  • HOME
  • INFO
  • JOIN MEMBER
  • NEWS

Tuesday 23 September 2014

JEREBU

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.



Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan
JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  4. Perokok
  5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:


• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.


Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.



CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

Monday 22 September 2014

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

  1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba.

  2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

    • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
    • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
    • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
    • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
    • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

  3. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.
    • Gejala cuaca panas melampau adalah :

      • Sakit kepala
      • Keletihan
      • Lemah tumpuan
      • Pening
      • Lemah otot–otot atau kekejangan
      • Mual dan muntah 
       
  4. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
    • Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

      4.1 Anda Perlu :

      • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
      • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
      • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
      • Hadkan aktiviti luar
      • Kerap berehat
      • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
      • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
      • Pakai topi atau payung yang besar

      4.2 Elakkan:

      • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
      • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
      • Bersenam dalam cuaca panas

  5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah;

    • Keluar dari kawasan yang panas
    • Tanggalkan pakaian yang ketat
    • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
    • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
    • Minum air setiap 15 minit
    • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sunday 21 September 2014

KANSER PAYUDARA

Kanser payudara adalah pembunuh wanita dalam senyap. Ianya terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak lalu menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti nodus limfa, salur limfa, kelenjar dan pembuluh darah. Tumor biasanya terbentuk akibat pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser, namun kebiasaannya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.


FAKTOR PENYEBAB
  • Peningkatan usia
  • Sejarah keluarga
  • Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
  • Mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.


TAHAP-TAHAP KANSER PAYUDARA 
  • TAHAP 1
          Ketumbuhan barah sebesar 2 cm atau kurang daripadanya. Biasanya pada bahagian payudara sahaja.
  • TAHAP 2
           Ketumbuhan barah antara 2 cm hingga 5 cm. Selain bahagian payudara, ia juga menyerang nodus limfa (bahagian bawah ketiak).
  • TAHAP 3
          Pada tahap ini, ketulan barah payudara sebesar 5 cm dan melibatkan nodus limfa ketiak, kulit, ataupun otot yang terdapat dibawahnya.

  • TAHAP 4
          Barah akan menyerang dan menjalar ke bahagian serta organ-organ yang lebih jauh daripada payudara seperti nodus limfa pada leher, paru-paru, hati mahupun tulang-tulang penghidapnya.





RAWATAN

  • Pembedahan, rawatan radiasi, rawatan hormon dan kemoterapi.
  • Pembedahan konservatif - membuang sebahagian payudara (bahagian kanser berada).
  • Mastektomi - seluruh payudara dibuang.
  • Rawatan altenatif - rawatan menggunakan herba dan rawatan secara pemakanan.


Kanser payudara mampu menyerang tanpa disedari. Statistik kematian disebabkan oleh kanser payudara adalah tinggi. Jagalah pemakanan dan kesihatan dari awal. Awas..!! Kanser payudara mampu membunuh.

Saturday 20 September 2014

MERONTA-RONTA UNTUK MEMILIKI TUBUH YANG DIIDAMKAN??

MUDAH PUTUS ASA.?
SEMANGAT TAK KUAT.?
HILANG KEYAKINAN DIRI KERANA BELUM MEMILIKI TUBUH IDAMAN.?

Mengapa perlu merasa tertekan jika kita boleh berdiet dengan penuh keseronokan..!!
Jom baca 8 cara mudah yang dapat membantu anda.

1- JUMLAH KALORI
    Sediakan jadual kalori makanan. Pastikan anda tahu berapa jumlah kalori makanan supaya anda tahu jumlah kalori yang diambil pada hari tersebut. Ini akan membuatkan anda lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan.

2- TARGET
    Letakkan target di tempat yang mudah anda lihat seperti di peti ais, cermin, meja makan mahupun di komputer anda. Contoh target adalah seperti berapa kalori sehari, berapa liter air sehari, berapa minit untuk bersenam dalam sehari dan paling penting target untuk menurunkan berat badan anda..!!
Jangan malu untuk khabarkan target itu pada insan yang disayangi kerana mereka berperanan untuk mengingatkan anda andainya terlupa.

3- SARAPAN
    Pengambilan sarapan setiap hari adalah penting. Pilih makanan yang tinggi serat tetapi rendah gula dan tenaga. Sarapan membantu meningkatkan metabolisma yang membantu membakar kalori pada tahap optimum.

4- AIR KOSONG
    Pastikan anda mengambil air kosong 2-3 liter sehari. Mereka yang mengambil air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air.


5- SNEK
    Rancang pengambilan snek yang ingin kamu ambil semasa makan tengahari dan makan malam. Kira berat akan kuantiti dan kalori snek yang kamu ambil.

6- PENCUCI MULUT
   Seelok-eloknya, pilihlah pencuci mulut yang rendah kalori seperti yogurt rendah lemak. Anda juga boleh sediakan stok 'sugar-free' chewing gum apabila kamu terasa lapar ditengah malam.

7- MAKAN MALAM
    Pastikan anda makan malam dengan tenang. Ada kajian membuktikan makan dengan tenang dan perlahan akan berasa kenyang dengan cepat. Nikmatilah makanan itu dengan sebaiknya.

8- PENIMBANG BERAT
    Jangan jadikan penimbang berat sebagai musuh anda, jadikan penimbang berat sebagai rakan baik anda. Timbang berat badan anda setiap hari menggunakan penimbang yang sama, pada waktu yang sama dan dengan pakaian yang sama (paling mudah timbang berat badan anda setiap pagi selepas mandi sebelum anda memakai pakaian. opsssss... gunakan tuala yang sama yer..)

Jalan mana yang anda pilih untuk memiliki bentuk tubuh idaman anda adalah bergantung pada diri anda sendiri. Begitu juga dalam pemilihan makanan, semuanya bergantung pada diri anda, tepuk perut, tanya minda. Paling penting adalah istiqamah... :)

Semoga bermanfaat untuk anda,
Sekiranya ada sebarang soalan (khususnya SUPPLEMENT SHAKLEE yang diperlukan untuk membantu dalam penurunan berat badan) bolehlah menghubungi saya.

Salam Hormat,
Iera,
Shaklee Indipendent Distributor,
( COD seluruh Seberang Perai, Kulim, Parit Buntar dan daerah sekitar serta Pos Laju Seluruh Malaysia)
017-4266350
cintaparamedik@gmail.com

Friday 19 September 2014

Pengedar sah Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Hormat.

Terima kasih kerana melayari blog saya.
Saya merupakan pengedar sah Shaklee.
Cod seluruh Seberang Perai, Kulim, Parit Buntar dan daerah sekitar.
Pos Laju seluruh Malaysia.
Khidmat nasihat, pendidikan kesihatan juga konsultasi diberikan secara percuma.










Iera, 017-4266350