LIST

  • HOME
  • INFO
  • JOIN MEMBER
  • NEWS

Sunday 21 September 2014

KANSER PAYUDARA

Kanser payudara adalah pembunuh wanita dalam senyap. Ianya terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak lalu menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti nodus limfa, salur limfa, kelenjar dan pembuluh darah. Tumor biasanya terbentuk akibat pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser, namun kebiasaannya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.


FAKTOR PENYEBAB
  • Peningkatan usia
  • Sejarah keluarga
  • Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
  • Mengambil makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.


TAHAP-TAHAP KANSER PAYUDARA 
  • TAHAP 1
          Ketumbuhan barah sebesar 2 cm atau kurang daripadanya. Biasanya pada bahagian payudara sahaja.
  • TAHAP 2
           Ketumbuhan barah antara 2 cm hingga 5 cm. Selain bahagian payudara, ia juga menyerang nodus limfa (bahagian bawah ketiak).
  • TAHAP 3
          Pada tahap ini, ketulan barah payudara sebesar 5 cm dan melibatkan nodus limfa ketiak, kulit, ataupun otot yang terdapat dibawahnya.

  • TAHAP 4
          Barah akan menyerang dan menjalar ke bahagian serta organ-organ yang lebih jauh daripada payudara seperti nodus limfa pada leher, paru-paru, hati mahupun tulang-tulang penghidapnya.





RAWATAN

  • Pembedahan, rawatan radiasi, rawatan hormon dan kemoterapi.
  • Pembedahan konservatif - membuang sebahagian payudara (bahagian kanser berada).
  • Mastektomi - seluruh payudara dibuang.
  • Rawatan altenatif - rawatan menggunakan herba dan rawatan secara pemakanan.


Kanser payudara mampu menyerang tanpa disedari. Statistik kematian disebabkan oleh kanser payudara adalah tinggi. Jagalah pemakanan dan kesihatan dari awal. Awas..!! Kanser payudara mampu membunuh.

No comments:

Post a Comment